Ternak Puyuh |Jual Bibit dan Telur PuyuhPeternakan Puyuh

Sabtu, 18 Desember 2010

Perencanaan Ternak
* Kos/Modal
* Ladang / Tempat
* Pengurusan
* Pemasaran
Keempat-empat perkara ini sentiasa bergandingan bagi mencapai kejayaan disamping sikap dan kesanggupan penternak itu sendiri. Jika salah satu daripada perkara ini diabaikan besar kemungkinan usaha menternak akan menemui kegagalan.

Kos/Modal
Diperlukan untuk:
* Kos tetap iaitu Reban/bangsal, peralatan makan minum, alat pemanas dan sebagainya.
* Kos berulang iaitu Makanan, air, gas/letrik , ubatan dan sebagainya.

Ladang
Pemilihan kawasan:
* Keluasan tanah
* Saliran yang sempurna. Tidak mudah banjir
* Jauh dari kawasan perumahan/perindustrian
* Jauh dari kawasan penternakan lain
* Mempunyai kemudahan jalanraya, bekalan letrik dan air
* Berdekatan dengan pengguna/mempunyai pasaran

Sistem dan Bentuk Perumahan:
* Sistem Lantai Atas : Menggunakan sangkar bertingkat
* Sistem Lantai Bawah : Menggunakan bangsal/reban

Bangsal/Reban
Mestilah mempunyai ciri-ciri berikut:
* Peredaran udara yang sempurna
* Saiz yang bersesuaian dengan jumlah yang hendak dipelihara. 1 ekor = 20 ” persegi
* Kedudukan reban sebolehnya ditempat sunyi (tiada ganguan), terlindung dari matahari terik (arah Timur-Barat), cuaca buruk dan musuh.

Peralatan
* Bekas makanan ( dulang dan palung untuk anak serta bekas makanan yang boleh digantung
* Bekas minuman
* Tirai/Bidai
* Alat pemanas. Hover ( 1 utk 1000 ekor) atau Bal eletrik (15 watt – 1 utk 50 ekor) atau
lampu minyak.
* Habok papan (kasar) atau sebagainya (jika menggunakan lantai bawah.
* Kertas untuk alas lantai (semasa perindukan jika menggunakan lantai atas)
* Alat pembentung (lantai bawah)
* Guli atau batu (untuk dimasukkan dalam bekas minum untuk mengelakkan anak puyuh masuk)

Selengkapnya......

Share

var pageTracker = _gat._getTracker("UA-123456-1"); // put in customized calls after pageTracker object and before_trackPageview() methods pageTracker.setAllowLinker(true); pageTracker._trackPageview();